Polis Trafik Bahagian Gombak telah mempergiatkan usaha memburu suspek pemandu Alphard yang membuli di Lebuhraya KL-Karak selepas tular sejak hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis mahu seorang pembuli jalan raya yang dikesan melalui video tular di Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak dekat sini semalam supaya menyerah diri.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia sudah mengenal pasti pemilik Toyota Alphard bewarna putih terlibat.

“Tindakan pemandu MPV ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada dirinya tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

JSPT mendapati kejadian berlaku semalam dekat Lebuhraya KL-Karak (arah timur) dan semakan pemilik kenderaan MPV ini telah dikenal pasti.

Semalam ribuan warga kota menggunakan lebuh raya tersebut untuk pulang ke kampung masing-masing menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, JSPT menggesa pemandu MPV ini segera menyerah diri ke Balai Trafik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Gombak atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, dalam video berdurasi 2.25 minit yang tular
memaparkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dan menjadi pembuli jalan raya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain.

Orang awam yang mempunyai maklumat akan kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Fb mesengger dan email terus ke [email protected] MalaysiaGazette