A road bully at the KL-Karak Highway near Genting Sempah has been remanded by the police for three days to assist in police investigation under Road Transport Act 1987. White toyota alphard
A road bully at the KL-Karak Highway. Pembuli jalan di KL-Karak yang ditahan reman sejak Isnin lalu dijamin polis hari ini selepas selesai dirakam keterangan daripadanya.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan pembuli Lebuh Raya Karak kira-kira pukul 2 petang tadi.

Tangkapan ke atas seorang lelaki Cina lingkungan umur 43 tahun ini dibuat di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Sebelum itu, polis menjejaki seorang pembuli jalan raya yang dikesan melalui video tular di Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak dekat sini semalam supaya menyerah diri.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia sudah mengenal pasti pemilik Toyota Alphard bewarna putih terlibat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Zainal Mohamed Mohamed berkata, pemandu MPV itu telah dibawa menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Gombak dan hasil ujian adalah negatif.

“Beliau juga telah dibawa ke Hospital Selayang untuk diambil sampel darah bagi tujuan ujian alkohol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok pukul 9 pagi untuk mendapat perintah tahanan reman.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pembuli Lebuh Raya KL-Karak kini diburu polis