An undocumented Indonesian man broke into a building and climbed onto the rooftop of a three-storey building to avoid arrest. PIX: Kuala Lumpur Fire and Rescue Department
An undocumented Indonesian man broke into a building and climbed onto the rooftop of a three-storey building to avoid arrest. PIX: Kuala Lumpur Fire and Rescue Department. Seorang lelaki warga Indonesia yang tidak berdokumen telah menceroboh dan memanjat bangunan tiga tingkat mengelak ditahan pihak berkuasa akhirnya tumpas dalam kejadian pagi tadi.Ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang panik setelah tindakannya menceroboh sebuah bangunan tiga tingkat disedari pengawal keselamatan, bertindak memanjat naik ke atas bumbung cuba mengelak dirinya dicekup.

Suspek seorang warga Indonesia pada mulanya disangka pesakit mental yang hendak membunuh diri di Kompleks Darul Kifayah di Taman Koperasi Fasa II di sini.

Suspek dikesan memanjat bangunan tiga tingkat itu dan lari di atas bumbung.

Dia enggan turun ke bawah.

Pasukan bomba dipanggil untuk menyelamatkan mangsa sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bukan seorang pesakit mental yang cuba membunuh diri seperti disangkakan.

“Dia sebenarnya dia tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan didapati telah menceroboh bangunan itu.

“Selepas perbuatannya disedari pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi, individu itu terus lari memanjat ke atas bumbung bangunan tiga tingkat itu,” katanya.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast