The roommate of the victim who was shot dead in a hotel room at Jalan Bukit Bintang has been remanded while the manhunt for two other suspects is underway. PIX: Criminal Investigation Department (CID), Kuala Lumpur Police Headquarters
The roommate of the victim who was shot dead in a hotel room at Jalan Bukit Bintang has been remanded while the manhunt for two other suspects is underway. PIX: Criminal Investigation Department (CID), Kuala Lumpur Police Headquarters. Rakan sebilik direman manakala dua lagi suspek sedang diburu polis membantu siastan kes seorang lelaki tempatan mati ditembak di bilik hotel di Jalan Bukit Bintang malam tadi. Ihsan JSJ IPKKL.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang baru tiba dan mendaftar masuk bersama rakannya di sebuah hotel telah ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam bilik kira-kira sejam kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 petang tadi di sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis menerima laporan daripada pekerja hotel itu pada jam sekitar 7 malam tadi.

“Bertindak atas maklumat, polis telah bergegas bersama pasukan forensik ke hotel tersebut dan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun terbaring dalam keadaan kesan kecederaan di bahagan dahi akibat kesan tembakan.

“Mangsa berasal daripada negeri Johor dan baru sahaja mendaftar masuk ke dalam bilik hotel itu bersama rakannya jam 6 petang tadi,” kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Rentetan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan iaitu rakan sebilik mangsa untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menjumpai senjata yang digunakan suspek dalam kejadian bunuh itu dan motif serta punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Bagaimanapun, polis telah merampas kamera litar tertutup (CCTV) milik hotel itu bagi membantu siasatan,

“Masih terlalu awal untuk polis merungkai motif dan punca mangsa mati ditembak,” ujarnya.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MalaysiaGazette