Foto: Twitter rasmi Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan penyakit berkaitan jantung yang dihadapi beliau adalah birth defect atau kecacatan semula jadi sejak beliau dalam kandungan lagi.

Berikutan itu, katanya adalah tidak masuk akal jika ada dalam kalangan masyarakat yang mengaitkannya dengan ubatan ataupun gaya beliau yang sentiasa dengan latihan berintensiti tinggi.

Azizulhasni yang percaya ramai yang telah faham dangan penerangannya tentang fungsi anatomi jantung semalam dan pada hari ini beliau mengambil kesempatan melakukan penerangan lebih terperinci menerusi akaun Instagram.

“Untuk jantung manusia normal, Left Coronary Artery (LCA) akan bekalkan darah kepada bahagian kiri jantung di mana ada ventricle kiri dan atrium kiri manakala Right Coronary Artery (RCA) pula bekalkan darah kepada bahagian kanan jantung yang ada ventricle kanan, atrium kanan dan juga sinoatrial (SA) dan atrioventricular (AV) nodes yang mengawal rhythm (rentak) jantung.

“Untuk kes saya, RCA tidak keluar di tempat sepatutnya iaitu dibahagian kanan akan tetapi dia keluar di bahagian kiri berhampiran dengan LCA,” katanya.

Tambah beliau, apa yang berlaku kepada beliau adalah kecacatan semulajadi sejak dalam kandungan ibunya lagi dan adalah tidak logik jika adalah dalam kalangan masyarakat  yang mengaitkan dengan ubatan ataupun gaya hidupnya dengan latihan berintensiti tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan fitnah, teori konspirasi penyakit saya – Azizolhasni

Azizulhasni atau dikenali dengan jolokan The Pocket Rocketman memberi gambaran mudah dengan mengambil contoh bagaimana paip air yang keluar dari belah hujung kiri dan dibengkok ke belah hujung kanan yang mana alirannya akan terganggu.

“Tak cukup dengan itu, RCA saya juga lalu ditempat tidak sepatutnya sebelum sampai ke bahagian kanan jantung iaitu dicelah-celah Aorta dan Pulmonary Artery.

“Jadi RCA saya sekali lagi tersepit disitu dan keadaan pembuluh darah pun sudah agak leper dan tidak normal seperti biasa,” ujarnya.

Lebih membimbangkan, katanya, beliau sentiasa menggunakan jantung pada tahap yang tertinggi ketika latihan dan apabila jantung berdegup kencang ia akan menghimpit saluran RCA tersebut.

Menurut Azizulhasni, pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang berlaku ke beliau ialah melakukan imbasan penuh walaupun individu itu sihat, aktif dan cergas.

We never know. Keduanya, walaupun kita mempunyai banyak kekurangan atau kecacatan dalam diri, ianya bukanlah halangan dan alasan untuk kita berjaya dalam sesuatu perkara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast