Mangsa ke-10 diselamatkan kira-kira jam 12 pagi Khamis di tapak struktur kediaman yang dibina sendiri runtuh di Changsha, ibu kota Wilayah Hunan, tengah China. Foto Xinhua

CHANGSHA – Mangsa ke-10 runtuhan bangunan di wilayah Hunan China pada 29 April lalu berjaya ditarik keluar tengah malam tadi.

Wanita itu berada di bawah runtuhan selama 132 jam.

Penemuan terbaharu itu menjadikan seramai 10 orang mangsa berjaya diselamatkan manakala lima disahkan meninggal dunia.

Wanita itu berada dalam keadaan sedar malah sempat mengingatkan penyelamat untuk mengelakkan perbuatan yang mungkin boleh mencederakannya, menurut penyelamat di tempat operasi.

Pasukan penyelamat mengesan tanda-tanda kehidupan melalui kaedah tradisional, seperti menjerit, mengetuk dan anjing pengesan serta alat pengesanan nyawa dan dron, kata Liang Buge, pakar kecemasan.

Bangunan yang menempatkan apartmen, hotel dan panggung wayang itu runtuh dengan 23 orang dipercayai terperangkap dan 39 lain yang berada berhampiran tapak itu dilaporkan hilang, menurut siasatan awal.

Operasi menyelamat masih dijalankan. – Xinhua (https://english.news.cn/20220505/d6b0a617ec4f443bae0f70aa0023f894/c.html)