Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan seorang kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Laman Sari Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2022.

PUTRAJAYA – Orang ramai begitu teruja apabila menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana di sini.

Kehadiran baginda disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Orang ramai yang sedia ada di Laman Sari, Kompleks Seri tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar baginda.

Malah, baginda juga mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit berjalan menghampiri setiap meja menyantuni orang ramai.

Walaupun kawalan ketat, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak tetap mengambil kesempatan bersalaman dengan baginda.

Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, orang ramai masih lagi ramai yang hadir sambil menikmati lebih 40 juadah yang disediakan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast