Erling Haaland.

LONDON – Erling Haaland dilaporkan secara sahnya melepasi ujian perubatan bersama Manchester City di Belgium dan akan pulang ke Dortmund, Jerman pada hari ini.

Menurut pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano, penyerang sensasi berusia 21 tahun itu akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain City pada minggu ini.

City dikatakan telah memberitahu Dortmund untuk mengaktifkan klausa pelepasan bernilai €60M sehingga €70M dalam beberapa jam mendatang.

Sebelum ini, City dikatakan sanggup membayar gaji 500,000 pound (RM2.76 juta) seminggu dan membayar 64 juta pound (RM350 juta) untuk menebus kontrak pemain Norway itu.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu berada pada senarai teratas untuk mendapatkan Haaland yang turut diburu oleh Barcelona, ​​Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United.

Haaland telah menampilkan aksi menakjubkan sejak menyertai pasukan Bundesliga itu pada 2020 dengan menjaringkan 80 gol dalam 80 perlawanan, termasuk 23 gol dalam 23 penampilan musim ini. – MalaysiaGazette
https://www.theguardian.com/football/2022/may/09/erling-haaland-set-to-join-manchester-city-after-passing-medical

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast