Foto: FB Mike Tyson

LOS ANGELES – Pendakwa raya sebuah daerah di California tidak akan memfailkan pertuduhan terhadap peninju lagenda, Mike Tyson yang didakwa menumbuk seorang penumpang dalam pesawat yang dalam penerbangan ke San Francisco menerusi rakaman video.

“Kini kami menganggap kes ini ditutup,” kata Pendakwa Raya Daerah Steve Wagstaffe.

Wagstaffe berkata, pejabatnya telah mengkaji video insiden tersebut dan laporan polis mengenai insiden pertengkaran yang berlaku pada 20 April lalu sebelum memutuskan untuk tidak melakukan pendakwaan.

Wagstaffe menambah, pejabatnya juga tidak akan memfailkan pendakwaan terhadap penumpang terbabit, dikenali sebagai Melvin Townsend, yang juga enggan mendakwa Tyson.

Pada bulan lalu, TMZ menyiarkan rakaman video yang memaparkan Tyson menumbuk Townsend yang duduk di barisan belakangnya dengan menyatakan insiden tersebut berlaku selepas penumpang itu terus mengganggu bekas penunju tersebut setelah dia diminta berhenti melakukannya.

Seorang saksi di dalam pesawat memberitahu TMZ bahawa pada mulanya bekas juara heavyweight itu bersikap mesra dengan peminat yang meminta bergambar namun Townsend terus bercakap dengan Tyson yang mencetuskan kemarahan sebelum menumbuknya.

“Malangnya Tyson mengalami insiden dalam penerbangan dengan seorang penumpang yang agresif yang mula mengganggunya dan membaling botol ke arah beliau ketika beliau berada di tempat duduknya,” kata wakil Tyson kepada Fox Business menerusi satu kenyataan ketika itu.

Townsend menafikan beliau membaling botol ke arah Tyson.

“Selepas siatan dilakukan, tiada dakwaan difailkan terhadap Tyson kerana insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 20 April 2022,” kata pasukan perundangan Tyson dalam satu kenyataan kepada Fox News Digital.

(https://www.foxnews.com/us/mike-tyson-wont-face-charges-after-punching-airline-passanger)

Mike Tyson tumbuk penumpang pesawat