KUALA LUMPUR – Sebaik melahirkan cahaya mata kelmarin, pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sudah berkongsi wajah anak ketiga mereka.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh kedua-duanya menerusi akaun Instagram masing-masing serta turut mengumumkan nama anak mereka iaitu Salama Samheizy.
“Salam semua… mempersembahkan hasil menuai kami yang ke-3. Salama Samheizy binti Shahieizy Sam. Berat 3.05 kilogram.
“Keluar ikut tingkap… Dagu teteppppppppp,” ujarnya Syatilla.
Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3. – MalaysiaGazette