Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.

KUALA LUMPUR – Nampaknya masih lagi ada pihak-pihak yang membuat bantahan berhubung hasrat kerajaan membawa masuk sekurang-kurangnya 500,000 pekerja Bangladesh ke negara ini.

Ini kerana rata-rata mereka berpandangan adalah lebih baik pihak berkuasa menjalankan pemutihan dengan melaksanakan operasi ‘pembersihan’ pekerja asing sedia ada.

Sekali lagi, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa kerajaan untuk kemasukan pekerja warga asing yang sepatutnya sudah masuk ke negara bermula hujung bulan ini.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim,  walaupun ramai berdepan dengan isu kekurangan pekerja warga asing namun pada masa sama lebih ramai yang membantah kerana negara juga sedang berdepan lambakan warga asing.  

“Sebelum ini, MHO telah menghantar secara rasmi memorandum meminta KSM tangguh kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh sehingga kajian terperinci dapat dilaksanakan kesan dari kemasukan warga bangladesh dalam skala yang terlalu besar.

“Percayalah jika ini berlaku berkemungkinan akan ada kartel-kartel tertentu mengaut keuntungan dari kemasukan pekerja bangladesh beramai ramai. Ini bukanlah retorik mahupun kenyataan untuk menakutkan sesiapa, inilah realitinya. Kita bimbang ini pasti akan berlaku.

“Skala kemasukan kali ini begitu ramai dan menggerunkan malah timbul persoalan adakah benar ini kemasukan pekerja atau penghijrahan beramai-ramai. Ingat, rakyat kita juga terbeban dan agak sensitif dengan perkara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kata Hishamuddin, kerajaan sepatutnya perlu mendahulukan pekerja tempatan kerana kadar pengangguran masih tinggi lagi-lagi setelah pasca pandemik Covid-19.

“Jangan asyik ulang benda sama, rakyat Malaysia tidak berminat itu dan ini. Carilah jalan. Keutamaan perlu diberi kepada pekerja tempatan.

“Baiklah, jika pekerja tempatan tidak berminat kerajaaan boleh guna pakai pekerja yang telah ada di Malaysia melalui program rekalibrasi dan juga boleh mengguna pakai pekerja dari kalangan individu tiada warganegara iaitu golongan ‘stateless’ yang bukanlah isu asing di negara ini.

“Golongan stateless bukanlah warga asing tetapi satu kumpulan yang telah lahir di sini, mempunyai keluarga di sini sebaliknya mempunyai isu dokumentasi. Malah golongan ini juga tidak ada negara yang perlu mereka hantar duit, aliran wang keluar juga terjaga.

“Banyak golongan ini banyak di Sabah, jadinya wang di hantar juga ke Sabah, mereka yang bekerja di Semenanjung. Bukankah Sabah itu sebahagian dari kita? Ekonomi juga bertambah baik kerana kuasa belanja warga stateless ini.

“Kalau kita gajikan pekerja bangladesh wang gaji mereka akan dihantar ke Bangladesh. Mereka akan rugi dari segi pengaliran wang keluar. Sebab itu MHO rayu kerajaan tangguh dulu kemasukan warga Bangladesh.

“Tolonglah KSM, kita merayu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MGNews : NGO Minta Kerajaan Tangguh Sementara Ambil Warga Bangladesh Bekerja Di Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast