Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Pembiayaan bersih kepada sektor swasta berkembang sebanyak 4.5% (S4 2021: 4.7%) dalam keadaan pertumbuhan bon korporat terkumpul yang lebih rendah (4.6%; S4 2021: 5.4%).

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pertumbuhan pinjaman terkumpul mampan pada 4.4%.

Pertumbuhan pinjaman perniagaan menjadi sederhana kepada 4.3% (S4 2021: 4.8%), mencerminkan pertumbuhan pinjaman modal kerja terkumpul yang lebih rendah dalam keadaan pertumbuhan bayaran balik pinjaman yang terus tinggi.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan pengeluaran pinjaman modal kerja kekal kukuh pada suku pertama (21.2%; S4 2021: 32.8%) sejajar dengan pemulihan kegiatan ekonomi.

Bagi isi rumah, pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat merentas kebanyakan tujuan (4.8%; S4 2021: 4.2%), dengan pertumbuhan yang mantap dalam pengeluaran pinjaman (12.7%; S4 2021: 9.5%).

Ia mencerminkan permintaan yang berterusan untuk pinjaman dalam kalangan isi rumah, terutamanya bagi pembelian rumah dan kereta.

Daya tahan isi rumah terus disokong oleh keupayaan membayar hutang yang teguh dan penampan kewangan yang utuh pada peringkat agregat, dengan pemberian pinjaman disokong oleh standard pengunderaitan yang berhemat dan penilaian kemampuan peminjam mengambil pinjaman oleh bank-bank. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast