Penunggang motosikal melalui jalan hujan yang turun lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 25 JANUARI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga pukul 6 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang memaklumkan antara daerah yang terlibat iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Perlis dan Putrajaya.

Manakala Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Baling dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai).

Pahang pula di Raub dan Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah) serta Johor (Mersing).

Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Song, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang selain Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahar Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette