Celebrity, Ahmad Awaluddin Ashaari pleads not guilty at the Petaling Jaya Magistrate Court to committing mischief by destroying a security boom gate at a gated residential area in Sunway Damansara. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 17 MAY 2022.
Celebrity, Ahmad Awaluddin Ashaari pleads not guilty at the Petaling Jaya Magistrate Court to committing mischief by destroying a security boom gate at a gated residential area in Sunway Damansara. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 17 MAY 2022. Selebriti, Ahmad Awaluddin Ashaari mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang milik pengurusan sebuah perumahan di Sunway Damansara selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2022.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merosakkan palang milik pengurusan sebuah perumahan di Sunway Damansara pada 16 April lalu.

Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Awal Ashaari, 41, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 16 April 2022, kira-kira pukul 11.30 pagi didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara, Jalan PJU 3/30 di sini yang nilai kerugian dianggarkan RM600.

Kes disiasat di Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dend atau kedua-duanya sekali

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Awal, Datuk M. Reza Hassan memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 susulan tertuduh mempunyai pendapatan tidak tetap sebagai pengacara televisyen dan penanggung tunggal dalam keluarganya.

Awal mempunyai tiga tanggungan termasuk seorang isteri dan dua anak berusia lapan dan satu tahun setengah di samping perlu menanggung ibu bapanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Majistret Zhafran Rahim membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 15 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes tersebut. – MalaysiaGazette