Singer and composer, Yasin Sulaiman is charged at the Petaling Jaya Sessions Court with growing 17 cannabis plants in his house at Kota Damansara. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 MAY 2022.
Yasin Sulaiman. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

PETALING JAYA – Komposer, Yasin Sulaiman tidak akan berada dalam penjara hari ini sekiranya beliau tinggal di salah sebuah daripada 40 negara maju lain yang meraikan perubatan kanabis.

Ketua Kaukus Parlimen Perubatan Kanabis, Syed Saddiq Abdul Rahman berpendapat, Yasin akan diraikan di negara berkenaan kerana dianggap berpenyakit dan perlu dibantu serta bukan dimasukkan dalam penjara.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah untuk mendengar kes kesalahan yang dituduh oleh Yasin Sulaiman atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

Sebaliknya, beliau yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata, Yasin juga tidak perlu menunggu lama sementara menantikan perbicaraan yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya.

Syed Saddiq bagaimanapun berkata, nasib penyanyi itu berbeza apabila berada di Malaysia selepas beliau dipenjara dan bakal berdepan hukuman mati atas kesalahan menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan memandangkan negara ini masih mengamalkan undang-undang lapuk.

“Sebagai penggubal undang-undang saya bertanggungjawan untuk memastikan undang-undang negara mengikut perkembangan arus masa, terapi malangnya dalam bab ini undang-undang berkaitan kabanis tidak diperbaharui, sudah hendak 70 tahun kita tidak perbaharui undang-undang ini. Kita (negara) ambil perkara ini sebagai perkara kecil.

“Kalau saudara Yasin berada di lebih 40 negara maju lain, dia tidak akan berada, duduk dalam lokap, kena tunggu berbulan-bulan (bicara) tetapi dia akan diraikan, perbuatan dia akan dilihat sebagai penyakit, akan dibantu bukan dimasukkan ke dalam lokap, terapi di Malaysia kerana undang-undang ini masih lapuk, lama dan ketinggalan zaman kerana 70 tahun kita tak perbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir memberi sokongan moral kepada Yasin yang dibicarakan atas tuduhan menanam dan mengedar pokok disyaki ganja di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar anggota polis selepas dituduh atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, isu penggunaan kanabjs bagi tujuan perubatan yang diperjuangkannya bukan kerana Yasin seorang sebaliknya ramai lagi perlu pembelaan yang sama dan sewajarnya.

“Ini bukan melibatkan Yasin seorang, ada ramai lagi yang lain yang akan melalui perkara sama tak dapat pembelaan sewajarnya, kena masuk lokap, ada tuduhan jenayah, apa salah mereka, salahnya hanya kerana mereka mengambil kanabis itu untuk tujuan perubatan.

“Kita selalu kata badan kesihatan dunia seperti World Health Organisation (WHO) adalah tempat rujukan bagi Malaysia tetapi dalam bab ini tiba-tiba apabila WHO sudah syorkan cadangkan untuk keluarkan kabanis dalam senarai dadah tetapi masih kita belum lakukan itu.

“Sebab itu dalam bab ini saya rasa saya perlukan beri sokongan moral dan sebagai pengubal undang-undang untuk sentiasa bawa cadangan pembaharuan ini ke dalam Parlimen sebab itu kita berjaya tubuhkan kaukus bipartisan yang mewakili semua parti,” katanya.

Syed Saddiq turut menggesa kerajaan mengiktiraf kanabis untuk tujuan perubatan kerana ramai pesakit yang bergantung dengan dadah itu.

“Mereka ini bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata. Kedua, sudah tiba masanya negara Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.

“Langkah yang diambil di negara lain ini juga perlu dilihat sebagai satu dorongan untuk kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera. Malah, badan kesihatan dunia seperti WHO juga mengiktiraf bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada para pesakit,” katanya lagi.

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar anggota polis selepas dituduh atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

Syed Saddiq juga telah bertemu dan melakukan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu.

“Antara yang saya tegaskan adalah memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi pertimbangan yang lebih tinggi dalam isu penggunaan kanabis.

“Malah hakim -hakim juga perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes-kes berkaitan penggunaan kanabis untuk perubatan.

“Malah, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan mereka memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis dan hem,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Wah..ko ni Dr kah..ker ahli farmasi yg boleh keluar priskripsi ganja tu ubat utk penyakit dia? Kalau mcm tu Morfin pun patut dibenarkan dijual secara terbuka sebab morfin digunakan sebagai ubat…tak payah preskripsi Dr…tanam jaa ganja sebab kau lebih hebat dari Dr. bila kena kluster kayangan, macam2 lah alasan kau ni yer…poodah

  2. Daun ganja bisa jadi ulam makan nasi ganja promosi bisnes di negara maju pakar perubatan dong. Nggak butuh hisap ganja bikin kanser paru-paru dong.

Comments are closed.