Sebanyak 3,000 kit ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) LIUR bernilai RM450,000 disumbangkan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor
JOHOR BAHRU – Sebanyak 3,000 kit ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) LIUR bernilai RM450,000 disumbangkan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Serahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadly Suffian Laili kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.
“Patik menjunjung kasih kepada  Sultan Johor di atas kurniaan ini kepada rakyat Johor terutamanya warga pendidik serta pelajar sekolah.
“Ia merupakan inisiatif baik untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di institusi pendidikan,” kata Tian Soon menerusi kenyataan Royal Press Office (RPO), hari ini.
Subangan tersebut merupakan kerjasama antara YSIJ dan MonitorBio Group Sdn. Bhd.
Hadir pada majlis Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu; Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shahilon Abd Halim serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norliza Noh.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MonitorBio Group, Datuk Harjit Singh berkata, kit ujian menggunakan air liur itu digunakan secara meluas di barat dan pihaknya merupakan syarikat pengeluar pertama di Malaysia mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
“Kit ujian (PCR) ini lebih menjimatkan kos dan tenaga kerja kerana ia (ujian) boleh dilakukan sendiri dibawah pemantauan profesional. Malah ia tidak menyakitkan dan sesuai untuk kanak-kanak,” ujarnya. – MalaysiaGazette