Sharudin Bin Hamid

KUANTAN – Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang mengarahkan pengurusan sebuah pasar raya di Raub bagi melantik kontraktor berlesen untuk menguruskan sisa komersial.

Pengarahnya, Sharudin Abdul Hamid berkata, pemilik pasar raya itu telah diberi notis peringatan dan tempoh selama 14 hari untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Notis tersebut dikeluarkan SWCorp daerah Raub ketika Operasi Semakan dan Penguatkuasaan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Komersial, Industri dan Institusi (CII) selepas pemeriksaan dijalankan.

“Justeru, satu akuan pemeriksaan dan notis pengalihan di bawah Akta 672 serta pemakluman pelantikan kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Sharudin, akuan dan notis tersebut dikeluarkan bagi memastikan sisa itu diuruskan dengan cara yang betul.

Berikutan itu, beliau mengingatkan pemilik premis industri, komersial dan institusi supaya menguruskan sisa mereka dengan cara yang betul dan mengikut peraturan ditetapkan.

Saharudin berkata ,tindakan susulan undang-undang boleh diambil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi mereka yang ingkar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast