The Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi at a news conference after the launch of Controlled Items and Subsidised Goods Logo and the Monthly Assembly of KDPNHEP at Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 19 MAY 2022 chicken farm closure price supply
The Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi at a news conference after the launch of Controlled Items and Subsidised Goods Logo and the Monthly Assembly of KDPNHEP at Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 19 MAY 2022. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Logo Barang Kawalan Dan Barang Subsidi Dan Perhimpunan Bulanan Warga KPDNHEP di Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2022.

PUTRAJAYA – Bekalan ayam dalam negara tidak akan terjejas dengan penutupan dua hari sebuah kilang pengeluaran ayam di Jasin pada hujung minggu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian itu telah menerima surat penjelasan daripada syarikat pengurusan kilang itu yang memaklumkan tindakan itu disebabkan kelewatan tumbesaran ayam.

Menurutnya, penjelasan syarikat itu menunjukkan tindakannya tidak ada kaitan dengan kartel untuk mengaut keuntungan berlebihan.

“Syarikat itu memaklumkan hendak menutup sementara operasi disebabkan kelewatan tumbesaran ayam.

“Ayam di kilang mereka hanya bersaiz 1.1 kilogram sahaja berbanding berat jualan iaitu RM1.8 kilogram seekor di pasaran. Nanti timbul masalah kepada pengguna.

“Syarikat ini juga mahu menjaga imej dan reputasinya. Bukan tutup kekal, ia tutup dua hari sahaja dan tidak jejaskan bekalan dalam pasaran,” katanya dalam sidang media di kementerian hari ini.

Alexander juga mengesahkan, setakat ini hanya satu syarikat sahaja yang terlibat dalam penutupan operasi ladang ayam.

Pada masa sama, Nanta berkata, satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) masih dalam proses menyiasat isu berkaitan penjualan ayam di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2020.

”Siasatan ini akan mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan tetapi ia akan dibentangkan kepada saya dan kemudian ia akan dikemukakan kepada Kabinet (kerajaan), diharapkan pada bulan Julai ini bersama-sama dengan cadangan langkah menangani isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, KPDNHEP akan memantau aduan peniaga ayam mengenakan caj tambahan upah memotong ayam supaya tiada pihak mengambil kesempatan mengenakan caj yang tidak munasabah.

Alexander berkata, ini kerana pihaknya memandang serius isu ini.

“Kalau upah (potong ayam) berpatutan kita boleh terima, kalau setiap sekilogram lebih RM1 itu agak tinggi kepada pengguna,” ujarnya.

Menurut beliau, caj tambahan upah potong yang dikenakan oleh peniaga itu tidak termasuk dalam harga kawalan.

Walaupun upah tidak ditetapkan dalam harga kawalan, kerajaan perlu pantau untuk memastikan harga ayam yang dijual tidak melepasi harga siling RM8.90. – MalaysiaGazette