Marco Rose dipecat selepas semusim mengendalikan Borussia Dortmund dalam Bundesliga Jerman. kredit Getty Images /BBC Sports

BERLIN – Borussia Dortmund telah memecat ketua jurulatih pasukannya Marco Rose selepas satu musim mengendalikan kelab Jerman itu.

Selepas meninggalkan Borussia Mochengladbach dan menyertai Dortmund, Rose membantu skuad itu menamatkan saingan Bundesliga musim ini di tempat kedua dengan perbezaan lapan mata di belakang juara Bayern Munich.

Mereka telah disingkirkan dari Liga Juara-Juara Eropah selain kalah dalam saingan Piala Jerman oleh kelab divisyen kedua St Pauli dan difahamkan menjadi faktor utama kepada pemecatan Rose.

Dortmund dalam satu kenyataan rasmi berkata, pihaknya dalam proses perbincangan untuk mengenal pasti dan melantik pasukan jurulatih yang lebih efisien untuk pasukan tidak ‘bernakhoda’ itu.

Rose telah mengemudi 47 perlawanan bersama Dortmund dan memang 27 daripadanya manakala tewas 16 perlawanan.

Selepas mengharungi musim ini, wujud banyak ketidakpuasan untuk pelbagai sebab dan kami terpaksa sedar bahawa kami tidak menggunakan sebaik-baiknya peluang yang wujud selama ini.

“Perubahan ini (pemecatan Rose) demi kepentingan dan masa depan kelab,” kata Ketua Eksekutifnya Hans-Joachim Watzke. – Agensi

https://www.bbc.com/sport/football/61523599