Pelajar sekolah menengah Seksyen 24 Shah Alam maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian awal pagi tadi. Ihsan IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam maut dalam nahas jalan raya di Persiaran Jubli Perak, Shah Alam Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.05 pagi semasa mangsa datang dari arah Persiaran Kemajuan menuju ke Bulatan Andalas di Persiaran Jubli Perak.

“Penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Bin Razak di talian 019-4475767. – MalaysiaGazette