Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara bertambah kepada 2,0063 termasuk tiga kes import semalam.

Selangor merekodkan kes jangkitan tertinggi (786), Kuala Lumpur (405), Negeri Sembilan (120), Pulau Pinang (119), Melaka (116), Perak (112), Kedah (86), Johor (68) dan Putrajaya (65), Sabah (63).

Manakala Sarawak (50), Pahang (30), Kelantan (14), Terengganu (12), Perlis (11) dan Labuan (6)

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,450,408.

Jumlah kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pula sebanyak lima kes menjadikan angka keseluruhan sebanyak 35,638.

Jumlah kes aktif setakat semalam 29,229.

Kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,124 dengan 36 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 20 kes atau 0.1 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast