Abdul Somad

SINGAPURA – Pendakwah Indonesia yang dinafikan masuk ke Singapur pada Isnin lalu tidak akan berputus asa untuk melawat republik tersebut kerana menyifatkan negara itu sebagai tanah Melayu sama dengan Riau tempat asalnya.

Menerusi video YouTube , Abdul Somad Batubara berkata, orang di Riau melihat Singapura sebagai sebahagian daripada tanah mereka kerana Singapura adalah sebahagian daripada Kerajaan Melayu Temasek.

“Mengatakan saya bosan ke Singapura sama dengan mengatakan saya bosan ke Minangkabau. Ini kerana Singapura adalah tanah Melayu. Nenek saya mempunyai abang, anak dan cucu yang tinggal di Singapura,” katanya.

Artikel berkaitan : Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana didakwa pelampau

Somad berkata, hasratnya melawat Singapura baru-baru ini adalah untuk membolehkan isteri dan anak-anaknya mengenali nenek moyang mereka.

Somad dan enam orang yang bersamanya tiba di Terminal Feri Tanah Merah pada Isnin tetapi menaiki feri pulang ke Batam semula pada hari yang sama.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata, beliau terkenal dengan ajaran “pelampau dan pengasingan”, yang “tidak boleh diterima dalam masyarakat negara itu yang pelbagai kaum dan agama. – CNA

 

1 Komen

  1. Bumi dipijak politikus Pak Pandir kemaruk undi expats kemudiannya tendang keluar jad milik undi majority expats.

Comments are closed.