Anggota bomba mengeluarkan wanita yang tersepit di tempat pemandu selepas kereta dipandu terbalik di Lebuhraya Silk, Sungai Long, Kajang. Ihsan Bomba Selangor

KAJANG – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik  di Kilometer 7, Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK) di Sungai Long, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bilik operasi telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.45 pagi.n.

Mangsa seorang wanita tempatan berusia 29 tahun didapati tidak sedarkan diri dan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,”katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit tetapi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Kajang yang berada di lokasi nahas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast