Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

AMPANG – Pengawal keselamatan Bangladesh yang disyaki menyebarkan berita ternampak seekor harimau di Kemensah Height, Hulu Kelang kelmarin sehingga mencetuskan kerisauan penduduk sekitar sudah dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di pondok pengawal keselamatan ketika sepasukan polis dari Balai Polis Taman Melawati membuat rondakan di Jalan Tropika Kemensah 3 Kemensah Heights jam 7 malam semalam.

Katanya, lelaki itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk tinggal di Malaysia dan ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Pengawal warga asing itu disiasat di bawah 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh disebat dengan sebatan tidak lebih enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

“Suspek dipercayai orang yang memberi maklumat melihat harimau di kawasan kejiranan itu sehingga mencetuskan kerisauan penduduk di situ dan dakwaan penemuan harimau oleh suspek masih dalam siasatan.

“Dalam kes ini juga, pada jam 12.43 tengah hari tadi pihak polis telah terima satu laporan polis oleh satu lelaki tempatan berumur 52 tahun yang menyatakan dia telah terima ‘voice massage’ dalam applikasi Whats App berkenaan tular dakwaan melihat harimau di kawasan kejiranannya dan meminta penduduk setempat berjaga-jaga.

“Pengadu merasakan dakwaan yang tular menerusi mesej suara di WhatsApp adalah tidak benar dan mendatangkan kegusaran dan kebimbangan kepada penduduk setempat memandangkan setakat ini tiada bukti jelas tentang kehadiran harimau terbabit,” katanya dalam kenyataan berhubung kes tersebut.

Rentetan penahanan pengawal keselamatan itu, satu kertas siasatan turut dibuka ke atas isu yang tular.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu  penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua dua sekali

Beliau sekali lagi menyeru orang ramai agar tidak menghebahkan berita yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat. – MalaysiaGazette

Ada harimau berkeliaran di Kemensah?