Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Program Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang memikirkan hal rakyat disebalik kejatuhan nilai Ringgit mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, pemimpin perlu meletakkan rakyat sebagai agenda utama mereka bagi memastikan rakyat terus yakin kepada kerajaan.

“Kita memerlukan kepimpinan yang terlebih dahulu harus membangkitkan keyakinan rakyat sebelum kita boleh bermimpi untuk membangkitkan keyakinan asing dan kemudian pelaburan.

“Pelan yang sesuai untuk pemulihan yang betul memerlukan pemikiran yang kompleks dan penghargaan terhadap kerumitan ekonomi kontemporari,” katanya dalam satu kenyataan berjudul ‘Penyata Ringgit Menurun’, hari ini.

Justeru itu, Anwar menggesa agar kerajaan merencanakan misi jangka panjang yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

“Kerja-kerja untuk rakyat adalah penting untuk mengembalikan negara ini (ke landasan yang betul) dan anda sebagai rakyat berhak mendapat ganjaran yang setimpal untuk kerja anda,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia berada dalam keadaan ekonomi luar jangka.

Katanya, situasi ini berlaku ekoran perang di Ukraine dan proses pemulihan ke pandemik.

“Nilai ringgit yang melesap menunjukkan bahawa dunia telah hilang keyakinan terhadap Malaysia.

“Penyelesaian jangka pendek dan pembaikan cepat, motif utama kerajaan ini, tidak akan berjaya,” katanya. – MalaysiaGazette