petugas kesihatan
Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Negara merekodkan 1,817 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi termasuk tiga kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes pandemik itu bertambah kepada 4,454, 242.

Sebanyak tiga kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,643.

Data COVIDNOW menunjukkan sebanyak pertambahan 1,574 kes aktif menjadikan kes keseluruhan sebanyak 26, 511.

Kes yang dirawat dihospital sebanyak 1,087 atau 4.1%.

Daripada jumpah itu 40 dirawat di unit rawatan rapi termasuk 23 memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette