Simptom penyakit cacar monyet. Foto Centers for Disease Control and Prevention, USA

LONDON – Israel, Switzerland dan Austria menjadi negara terbaharu yang mengesahkan kemunculan kes cacar monyet, menjadikan jumlah negara dilanda wabak ini meningkat kepada 15.

Israel dan Switzerland kedua-duanya berkata, seorang individu yang dijangkiti virus itu baru-baru ini melancong ke luar negara.

Israel sedang menyiasat kes lain yang disyaki.

Cacar monyet tidak cenderung merebak dengan mudah antara manusia dan ia adalah penyakit ringan.

Virus ini paling biasa di bahagian terpencil di Afrika Tengah dan Barat.

Lebih 80 kes telah disahkan dalam wabak baru-baru ini di Eropah, AS, Kanada dan Australia.

Wabak ini telah mengejutkan saintis, tetapi risiko kepada orang ramai dikatakan rendah.

Kebanyakan orang yang dijangkiti virus itu pulih dalam beberapa minggu, menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom. – BBC