Wartawan Malaysia Gazette, Kashturi Jeevandran (kanan) dan Kumara Sabapatty bergambar bersama selepas memenangi Anugerah Desam Media Golden Icon Award 2021/2022 dalam kategori 'Wartawan Paling Berdedikasi' di Shanga Convention Hall, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 22 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Dua wartawan portal MalaysiaGazette (MG) menerima anugerah berprestij  Majlis Anugerah Ikon Emas Media Desam 2021/2022 di sini malam tadi.

Kedua-dua wartwan MG itu adalah Kasthuri Jeevandran menerima anugerah bagi Kategori Wartawan Paling Berdedikasi manakala Kumara Sabapatty menerima Anugerah Wartawan Jenayah Terbaik dalam Ikon Emas Media Desam kali ini atas pengalamannya lebih 15 tahun dalam media.

Majlis telah dihadiri dan disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan yang berlangsung di Dewan Konvensyen Shengha, Batu Caves.

Anugerah berkenaan dianggap satu motivasi dan dorongan bagi kedua-dua wartawan dalam kalangan bangsa India untuk terus menyumbang dalam bidang kewartawanan Bahasa Melayu.

Kumara Sabapatty

Dalam majlis berkenaan sebanyak 140 anugerah diberikan kepada individu yang cemerlang dalam bidang keusahawanan, aktiviti kemasyarakatan, industri hiburan, pertubuhan bukan kerajaan, pencapaian sepanjang hayat dan ikon terbaik tahunan dan media.

Bagi kategori media, seramai 12 penerima yang terdiri daripada kalangan wartawan, penyampai radio dan jurugambar diberikan anugerah.

Kasthuri Jeevandran (tengah) menerima anugerah Wartawan Paling Berdedikasi.

Turut disediakan anugerah ketegori media sosial dan cef paling popular.

Beberapa pengamal media dari arus perdana dan portal dalam kalangan bangsa India di berikan anugerah khas.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi telah menerima anugerah Iron Lady of the Year disusuli Deputi Komisioner, Datuk K. Kumaran turut menerima anugerah Ikon Tahunan Terbaik 2021/2022.- MalaysiaGazette