1MDB Prosecutor Datuk Seri Gopal Sri Ram Rosmah Mansor solar hybrid project corruption trial Najib Razak
Datuk Seri Gopal Sri Ram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuannya untuk menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada terus mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Mahkamah Rayuan di sini hari ini turut menolak rayuan oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memohon semakan kehakiman untuk membatalkan kelayakan Sri Ram dalam kes di hadapi olehnya iaitu perbicaraan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada Najib berjumlah RM9.5 juta.

Tiga panel hakim sebulat suara membuat ketetapan menolak permohonan kedua-dua pemohon ini yang pada pandangan penghakiman sebelum ini oleh mahkamah terdahulu tidak menyimpang dan tiada keperluan untuk sebarang keputusan baharu.

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh berkata persoalan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua perayu itu sebenarnya telah di jawab sebelum ini.

“Mahkamah telah menjawab persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-ua pemohon dalam beberapa kes sebelum ini, kita tolak permohonan ini tanpa sebarang kos,” katanya bersama Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat hari ini.

Najib Razak dan Shafee Abdullah dilihat membincangkan sesuatu selepas hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 OKTOBER 2019.

Sebelum ini, Najib dan Muhammad Shafee memohon untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu atas alasan surat pelantikan sebagai ketua pendakwaan tidak sah.

Malah dakwa mereka, pelantikan Sri Ram membabitkan konflik kepentingan dan melarangnya daripada mengetuai kes-kes penyewelengan, rasuah, salah guna kuasa serta penggubahan wang haram di hadapinya.

Untuk makluman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Najib dan Muhammad Shafee untuk menggugurkan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya  kanan dalam perbicaraan kes mereka pada Ogos 2020.

Kemudian pada 8 November 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan pelantikan Sri Ram bagi mengendalikan kes jenayah Najib dan Muhammad Shafee dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia termaktub. -MalaysiaGazette