Mbappe melepaskan hasrat menyertai Real Madrid dan menandatangani kontrak baharu tiga tahun untuk kekal bersama PSG sehingga 2025.Kredit Foto: Team Photos Laman web Rasmi PSG.

PARIS – Bintang superstar Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe menyifatkan impiannya untuk beraksi sebagai pemain Real Madrid pada suatu hari nanti tidak akan berakhir.

Sebaliknya keinginan itu akan terus membara dalam hati walaupun sudah menandatangani kontrak baharu untuk kekal dalam Ligue 1.

Penyerang berusia 23 tahun itu menolak tawaran untuk berhijrah ke La Liga Sepanyol minggu lalu untuk menandatangani kontrak baharu bertempoh tiga tahun bersama PSG.

Bagaimanapun, bercakap kepada BBC Sports Guillem Balague semalam, Mbappe tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Real Madrid satu hari nanti.

“Kamu tidak boleh menjangkakan apa yang boleh berlaku pada masa akan datang. Saya tidak boleh fikir pasal masa depan hanya memikirkan tentang masa sekarang yang mana saya sudah ikat kontrak baharu tinggal tiga tahun bersama PSG,” katanya.

Ditanya sala ada pemeteraian kontrak baharu bersama PSG bermakna impian menyertai Real Madrid sudah terkubur, Mbappe dengan tenang menjawab; “Ia tidak akan berakhir (sertai Real Madrid).”

Dalam pada itu berita Mbappe menandatangani kontrak baharu bersama PSG mencetuskan kemarahan pengurusan pasukan the Galacticos.

Juara La Liga musim 2021/22 itu menyifatkan perkembangan terkini itu sebagai satu skandal.

Media asing sebelum ini melaporkan Mbappe telah berjumpa dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez dan meluahkan keputusannya dia telah mengubah fikiran untuk tidak berhijrah ke kelab itu dan mahu terus kekal bersama PSG.

PSG yang menyedari risiko kehilangan pemain itu secara mengejut menawarkan kontrak mega bergaji tahunan agak lumayan bagi mengelak mana-mana kelab gergasi merembat pemain itu.

Malah kontrak baharu juga memberi kuasa kepada Mbappe untuk membuat keputusan dalam pemilihan jurulatihdi kelab itu.

“Saya telah membuat keputusan pada minggu lalu untuk kekal di Paris. Saya memang telah bercakap kepada Presiden Real Madrid kerana saya menghormati beliau serta kelab itu.

“Saya rasa penting untuk berjumpa dan menyatakan secara peribadi bahawa saya tidak akan pindah ke Santiago Bernabeu kali ini,” tegas Mbappe.-Agensi

https://www.bbc.com/sport/football/61555450