Pengarah Eksekutif Cnergenz Lye Yhin Choy memukul gong sebagai simbolik urus niaga pertama Cnergenz di Bursa Malaysia.

KUALA LUMPUR 24 Mei – Cnergenz Berhad (Cnergenz ), yang didagangkan awal pagi ini mencatatkan 4.31 peratus atau 60 sen sesaham berbanding 58 sen harga tawaran awam permulaan (IPO).

Melalui IPO, penyedia penyelesaian pembuatan elektronik terkemuka yang berpangkalan di Pulau Pinang itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM58 juta, yang akan  digunakan untuk pengembangan syarikat, aktiviti penyelidikan dan pembangunan, serta modal kerja am.

Pengerusinya Datuk Azman Mahmud yakin Cnergenz  akan meneruskan trajektori pertumbuhannya, meningkatkan kehadiran dan operasi pasarannya melalui rancangan pengembangan dan pembangunan masa depannya.

”Kami percaya bahawa pengenalan Cnergenz  ke bursa saham akan membawa keterampilan yang lebih besar kepada pelabur, dan menyerlahkan kepentingan penyelesaian pembuatan elektronik dalam membina ekosistem pembuatan yang maju dan cekap di negara ini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab elektronik dan semikonduktor global .” katanya.

Berpusat di Pulau Pinang, pangkalan pasaran Cnergenz  di Malaysia (kecuali Melaka dan Johor), menyumbang 71.9 peratus kepada hasil kumpulan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan meluas ke pasaran luar negara di Vietnam dan Thailand.

UOB Kay Hian ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin, dan ejen penempatan untuk IPO CNERGENZ. – MalaysiaGazette