Polis menafikan video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan banjir di KL Sentral dan kawasan sekitarnya hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan banjir di KL Sentral dan kawasan sekitarnya hari ini.

Sebaliknya Ketua Polis Brickfields, Senior Asisten Amihizam Abdul Shukor menegaskan, video berkenaan adalah kejadian banjir yang berlaku pada 25 April lalu.

Jelas beliau, Stesen Sentral Kuala Lumpur serta jalan raya di sekitar kawasan tersebut hari ini dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak berkongsi sebarang maklumat mahu pun video yang tidak diketahui kesahihannya.

Dalam masa yang sama, Amihizam mengalu-alukan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah boleh menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222. – MalaysiaGazette