Dua pembantu kesihatan yang direman lima hari oleh SPRM.

SHAH ALAM: –  Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pengurusan jenazah berjumlah RM15,000.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei ini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan. – MalaysiaGazette