Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau 93.6 peratus lengkap menerima vaksinasi, manakala 3,008,698 atau 96.7 peratus daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,091,882 atau 68.4 peratus golongan dewasa menerima dos penggalak, manakala 22,974,021 atau 97.6 peratus lengkap dua dos dan 23,250,491 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 18,886 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam membabitkan 8,536 dos pertama, 8,774 dos kedua dan 1,576 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,877,636.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam di Selangor. – MalaysiaGazette