Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia Bawah 23 tahun Brad Maloney melepaskan jawatan itu hari ini. Foto AMIRUL SHAUFIQ 03 MEI 2022

KUALA LUMPUR – Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun ini.

Selain barisan 20 pemain yang telah mewakili negara pada temasya dwitahunan di Vietnam itu baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan memaklumkan tiga lagi muka baharu turut dibawa bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain ke Uzbekistan.

Menurut FAM, tiga pemain yang dibawa masuk pengendali Brad Maloney adalah Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhammad Shafi Azswad Sapari, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia ke Sukan SEA 2021.

Bagi saingan edisi kali ini, misi getir menanti Malaysia apabila diundi bersama juara 2020,  Korea Selatan, naib juara 2018, Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan C.

Skuad muda kebangsaan bakal memulakan cabaran di Uzbekistan menentang Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand pada 5 Jun dan Vietnam pada 8 Jun depan, dalam perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan seterusnya bakal layak ke suku akhir.

Berikut senarai 23 pemain yang akan beraksi dalam kempen Piala Asia B-23 2022 Tashkent, Uzbekistan: