Izham Hashim (tengah) bersama kanak-kanak meraikan Majlis Hari Raya Penduduk Taman Kencana, Ampang malam tadi.

AMPANG – Selangor meningkatkan jumlah jualan murah ayam mulai Jun ini kepada 20,000 ekor sehari sehingga Hari Raya Aidil Adha nanti.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, jumlah itu ditingkatkan berbanding 10, 000 ekor sehari sebelum itu bagi menampung permintaan tinggi di negeri itu.

Oleh itu, kerajaan negeri mengimport bekalan ayam dari Thailand, katanya semasa hadir Majlis Hari Raya Penduduk Taman Kencana di sini malam tadi.

Sebelum itu, Izham menegaskan, keperluan ayam di Selangor sebanyak 15 juta ekor sebulan tetapi pengeluaran ayam di negeri ini hanya separuh sahaja iaitu 7.5 juta ekor.

Menurutnya, harga ayam berkenaan akan kurangkan RM1 dan jika harga siling sekilogram RM8.90 dengan berat 1.8 kilogram (kg) berharga RM16, ia akan dijual RM15.

Terdahulu, Izham menyantuni kira-kira penduduk Taman Kencana meraikan hari raya.

Pada majlis itu, kira-kira 150 penduduk termasuk kanak-kanak diraikan dengan cabutan bertuah, pertandingan pakaian tercantik, sesi karaoke selain hidangan makanan termasuk kambing bakar.- MalaysiaGazette