Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 bertambah 1,325 setakat lewat malam tadi.

Jumlah itu termasuk dua kes import, menjadikan angka terkumpul sebanyak 4,467,925.

Data COVIDNOW juga memaklumkan lima kes kematian dalam tempoh sama termasuk satu kes berlaku di luar hospital.

Ini menjadikan kes kumulatif kematian akibat koronavirus itu meningkat sebanyak 35,669.

Kes aktif pula sebanyak 23,779 termasuk 954 kes dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 32 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 1,935 semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast