The Kuala Lumpur Court Complex Bella Siti Bainun Rumah Bonda abuse neglect Down Syndrome Securities Commission Malaysia SC Investment banker Charles Chua Yi Fuan
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta

KUALA LUMPUR – Remaja kelainan upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah penjagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tidak dapat hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini kerana demam.

Bella yang menghidap Sindrom Down dijadualkan hadir ke mahkamah dan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk saksi  melakukan sesi pengecaman terhadap beliau.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan penjadualan semula akan dibuat untuk membolehkan remaja berkenaan hadir semula ke mahkamah pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

MalaysiaGazette pagi ini melaporkan remaja yang mengalami kecederaan dipercayai akibat didera akan hadir ke mahkamah bagi melalui proses pengecaman oleh saksi.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. – MalaysiaGazette