Bella Siti Bainun Rumah Bonda Down Syndrome abuse neglect

KUALA LUMPUR – Remaja kelainan upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah penjagaan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mungkin akan hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini.

Menurut sumber, Bella yang menghidap Sindrom Down akan dipanggil oleh pihak pendakwan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap tertuduh.

Turut akan hadir adalah beberapa penghuni kondomimium yang menjadi lokasi Bella didera.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast