Teaser : Payung Masa Depan

Diperkenalkan pada 2004, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bertujuan memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi persediaan pendidikan anak-anak di peringkat pengajian tinggi.

Simpanan SSPN yang menawarkan pelbagai manfaat istimewa kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia lantaran mereka mula sedar tentang pentingnya amalan menabung untuk masa depan anak-anak.