Deputy President of Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan delivering a speech in conjunction with the Barisan Nasional (BN) Convention 2022 and the 48th BN Anniversary at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 JUNE 2022.
Deputy President of Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan delivering a speech in conjunction with the Barisan Nasional (BN) Convention 2022 and the 48th BN Anniversary at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 JUNE 2022. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan pada Konvensyen Barisan Nasional 2022 dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Misi utama Barisan Nasional ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti yang menyakinkan supaya dapat menyelamatkan Malaysia, tegas  Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, ekonomi negara perlu dipulihkan kerana ketika ini rakyat berhadapan dengan harga barang yang melambung sehingga di luar kemampuan.

Negara juga katanya, berisiko untuk terputus bekalan makanan asas.

Tambah beliau, walaupun BN merupakan kerajaan ketika ini namun tidak mempunyai kuasa yang dominan.

BN terpaksa akur dengan pelbagai kekangan politik dan persefahaman politik, dengan pelbagai sekutu dan seterunya.

‘Jika BN mahu bertindak sedikit agresif atau parti itu diancam dan diugut. Kerana itu kita mesti memulihkan Malaysia. Ia harus menjadi misi paling utama BN.,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen BN sempena sambutan ulangtahun ke-48 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Tambahnya, apabila BN ditewaskan pada 2018. PH telah gagal mentadbir dan mereka gagal dengan teruk.

“Dari semua segi, kita telah merosot, menyusut dan berundur ke belakang. Dan bila kita menerajui semula kerajaan waktu ini, tangan kita pula terhad dan terikat,” kata Mohamad.

Dalam masa yang sama kepercayaan kepada institusi awam juga terjejas dan iklim pelaburan terus pudar dan perlahan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan kepimpinan BN yang lain hadir pada Konvensyen Barisan Nasional 2022 dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2022.Faktor kedua, menurutnya, BN perlu kembali mentadbir demi mengembalikan semula kestabilan politik.

Mohamad berkata, ketidakstabilan politik dalam tempoh tiga tahun telah menjerumuskan Malaysia ke era 20 tahun ke belakang.

“Bayangkan, jika semua ini berterusan. Malaysia akan menjadi negara, yang terus ketinggalan dan tercorot.

“Kita mesti pasakkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, untuk tidak terus bereksperimen dengan politik negara.

“Mereka mesti membuat keputusan dengan rasional dan objektif. Bukan emosional dan terbawa-bawa dengan sentimen,” katanya.

Tambahnya, BN mesti mengambil alih semula Malaysia kerana mahu mencipta masa depan untuk generasi akan datang.

Mohamad berkata, mentadbir negara bukan setakat mengurus untuk
kemandirian hari ini tetapi juga tentang membina asasasas kelangsungan hari esok.

“Maka kita mesti menyingkirkan, segala noda dan kesalahan generasi sedia ada. Dan menyediakan landasan lebih baik untuk generasi akan datang. Kita hidup di zaman yang bukan lagi zaman kita.

“Jadi janganlah kita terus menghancurkan zaman ini dan meninggalkan Malaysia, dalam keadaan yang parah dan lelah, kepada generasi Malaysia yang akan datang.

“Maka, BN mesti mencipta masa depan terbaik, untuk generasi akan datang Malaysia,” kata Mohamad. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau UMNO berkuasa sekali lagi habis lah polis hakim semua kena kurung dipenjara kehidupan .
    Pengalaman lalu jadi tauladan untok perkemas kubu salah guna kuasa . Menipu mencuri semua tak dapat dikesan .
    Rakyat akan pandang cantik aman makmur padahal hanya sebahagian . Yang rendah akan terus tenggelam tanpa dikesan . Yang tinggi akan berpesta aman makmur dengan segala kemajuan .

Comments are closed.