KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia.

Menerusi catatan di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi harapan negara untuk memenangi perlawanan akhir ‘Super 4’ Piala Asia 2022, malam ini.

“Kita berjaya ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jepun 5-0 malam tadi. Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini,” katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan harapan skuad ‘Speedy Tigers’ dapat membuktikan Malaysia mampu menggegar Asia.

Semalam, Malaysia berjaya membenam Jepun 5-0 pada kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, sekali gus mengesahkan slot ke final. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast