Kamarul Zaman menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan baru-baru ini di dua lokasi berasingan di Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Tiga beranak termasuk sepasang suami isteri berusia lebih 70 tahun antara empat ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Taman Century  kelmarin.

Ketiga-tiga beranak itu menjadikan kediaman mereka sebagai tempat penyimpanan pelbagai jenis untuk diedar di pusat hiburan sekitar Johor, kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Mereka ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Bapa dia berumur 73 tahun emak dia 72 tahun dan anak dia pula 36 tahun dan mereka semua ini direman semalam sehingga Selasa ini dan jika bersalah boleh dihukum boleh mati mandatori,” katanya pada sidang media hari ini.

Manakala seorang lagi suspek berusia 36 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah apartmen dekat Mount Austin semalam pukul 5.50 minit petang.

 

“Dadah ini semua mereka bungkus macam minuman dan diedarkan di pusat hiburan dan satu paket itu harganya mungkin boleh sampai RM250. Minuman ini mungkin popular di negara jiran.

Kamarul Zaman berkata, jumlah nilai sitaan bagi operasi itu adalah RM1,457,423.

“Dengan tertangkapnya sindiket ini pihak polis berjaya membuat rampasan dadah antaranya 14.3 kilogram serbuk estacy, 4.06 kilogram ketamin, 1.65 kilogram atau 6,440 biji pil eramin berjaya dirampas.

“Selain itu pihak kami turut menemui pil estacy seberat 3.76 atau 10,291 biji pil berkenaan,” katanya.

Semua dadah yang dirampas dalam operasi tersebut boleh digunakan seramai 107,586 orang penagih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast