Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,591 kes baharu positif Covid-19direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini mencecah 4,513,631 kes.

Selangor masih negeri tertinggi menyumbang jangkitan baharu iaitu 756, diikuti dengan Kuala Lumpur 297 kes dan Pulau Pinang 110 kes.

Selain itu Perak (92), Negeri Sembilan (80), Sabah (55), Melaka (44), Johor (34), Putrajaya (33) dan Kedah (31).

Manakala Sarawak (25), Pahang (15), Terengganu (7), Kelantan (5), Perlis (5) dan Labuan (2).

Berdasarkan data COVIDNOW, lima lagi kematian dilaporkan dengan dua kes ketika dibawa ke hospital (brought in dead).

Dalam masa yang sama 922 kes Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 27 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, turut dilaporkan  2,185 kes telah sembuh daripada jangkitan berkenaan semalam. MalaysiaGazette