Gambar hiasan

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan syarat dan tatacara pendaftaran haji 2022 menerusi portal elektronik jemaah haji domestik.

Kementerian mengumumkan tiga pakej haji iaitu Pakej pertama (Hospitality 2 Camps) berharga SR10,238 (kira-kira RM11,984.23); pakej kedua (Hospitality Upgraded Camps) berharga SR13,043 (RM15,267.67) dan pakej ketiga (Hospitality Towers) berharga SR14,737 (RM17,250.60)

Kementerian berkata, harga itu tidak termasuk kos pengangkutan dari bandar jemaah haji ke Makkah dan cukai nilai tambah (VAT).

Kementerian itu telah membuka pendaftaran jemaah haji domestik pada hari Jumaat bagi jemaah yang berumur tidak melebihi 65 tahun dan mempunyai permit kediaman yang sah serta ingin menunaikan haji bagi tahun semasa 1443 Hijrah.

Umur jemaah yang dibuka bermula tahun kelahiran pada 1957.

Kementerian itu berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yangbelum menunaikan haji dan mendapat imunisasi sepenuhnya mengikut status dalam aplikasi “Tawakkalna”.

Pendaftaran boleh diperolehi melalui pautan elektronik: (https://localhaj.haj.gov.sa) atau melalui aplikasi “Eatmarna”.

“Mereka yang berminat untuk menunaikan haji boleh menyemak semua program untuk jemaah haji domestik dan memilih program yang sesuai, dan syarikat penyedia perkhidmatan dan institusi, sebelum tarikh tutup pada hari Sabtu bersamaan dengan 12 Zulkaedah. – SaudiGazette