Gambar Hiasan. Foto AMIRUL SHAUFIQ 25 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,358 jangkitan Covid-19 baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu berjumlah 4,514,989.

Sehingga kini, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes positif harian iaitu 569 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (264), Pulau Pinang (105), Perak (90) dan Negeri Sembilan (81).

Dalam pada itu sebanyak dua kematian direkodkan semalam yang diakibatkan oleh jangkitan Covid-19.

Dalam masa yang sama 26 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 12 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes aktif sehingga semalam menurun kepada 22,183 kes di mana 95.7 peratus merupakan pesakit yang hanya menjalankan kuarantin di rumah sahaja.

Sementara itu, sebanyak 1,620 kes Covid-19 yang telah sembuh membawa jumlah keseluruhan kepada 4,457,118 kes. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast