KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan United Football Club (KUFC) merehatkan pemainnya yang didakwa terbabit tuduhan rogol remaja bawah umur.

Katanya, pihaknya sedia maklum berhubung dakwaan yang tular dan mengesahkan pemain yang dimaksudkan bermain untuk pasukan KUFC.

“Bagaimanapun pasukan tetap berpegang pada prinsip seseorang itu masih tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Maka, setelah berjaya dibuktikan, satu tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd berkata, pihaknya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa dan menunggu laporan penuh kes yang didakwa terhadap pemain berkenaan.

Katanya, KUFC sentiasa mendukung undang-undang negara dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pelakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak di dalam kelab.

Terdahulu, seorang pemain bola sepak Kelantan berusia 28 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan berusia 18 tahun.

Pemain itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) 29 Mei lalu selepas mangsa membuat laporan polis.

Dia direman empat hari sehingga 2 Jun dan disambung reman sehari hingga 3 Jun lalu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast