Foto: FA Wales

ANKARA – Wales menempah tiket ke kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Gareth Bales yang mengetuai Wales menyingkirkan Ukraine 1-0 pada perlawanan kalah mati yang diadakan di Cardiff.

Penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko menjaringkan gol sendiri pada minit ke-34 apabila pemain itu tertanduk bola sepakan percuma yang diambil Bale ke dalam gawang.

Kali terakhir Wales beraksi pada Piala Dunia ialah pada 1958, lapor agensi berita, Anadolu.

Pada aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 yang akan bermula pada 21 November, pasukan itu akan berhadapan England, Iran dan Amerika Syarikat. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/sports/wales-reach-fifa-world-cup-for-1st-time-since-1958/2606368)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast