Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, Syed Saifuddin (kiri) bersama pengasas Nie Dior Cosmetic Muhammad Mustakim Lokman Hakim dan Zamzuri Mohammad (kanan).

KUALA LUMPUR –  Nie Dior Cosmetic (Nie Dior) menyasarkan seramai 1,500 pengedar menjelang akhir tahun ini dengan menembusi pasaran tempatan.

Pengasas syarikat, Muhammad Mustakim Lokman Hakim berkata, sasaran itu berdasarkan faktor formulasi dan kualiti produk yang terbaik serta di sokong oleh testimoni positif daripada pelanggan walapun baru dilancarkan pada ahun ini.

Menurut beliau, sehingga kini, Nie Dior memiliki kira-kira 150 pengedar dan 30 stokis di seluruh negara.

“Kami yakin pasaran tersebut terbuka luas kepada mana-mana pemain untuk menyertainya kerana produk keluaran masing-masing memiliki keunikan untuk menambat hati pelanggan.

“Malah pengasas produk kecantikan juga tidak semestinya daripada golongan Hawa semata-mata kerana ia terbuka kepada mana-mana individu untuk menawan pasaran tetapi bersandarkan kepada strategi dan perancangan pemasaran selain kempen pengukuhan jenama untuk pelan jangka pendek serta masa depan.

“Apa yang penting, peranan dan sokongan daripada rangkaian pengedarannya di seluruh negara juga bakal membantu mencapai misi syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran produk Nie Dior Cosmetics baru-baru ini.

Turut hadir pengasas bersama syarikat, Zamzuri Mohammad.

Selain itu, Muhammad Mustakim menjelaskan, buat masa ini syarikat memiliki enam jenis produk yang terdiri daripada lip mate dengan pilihan tiga warna, produk membantu menurunkan berat badan, produk yang memutihkan kulit, sabun pencuci muka, serum dan losyen muka.

Semua produk berkenaan dijual pada harga antara RM25 hingga RM75 seunit.

Tambah beliau, produk-produk yang telah menjalani kajian dan pembangunan dengan formulasi terbaik itu bukan sahaja tertumpu di pasaran domestik tetapi bakal dipasarkan ke negara jiran dalam masa terdekat ini. – MalaysiaGazette