Penyanyi dan komposer, Yuvan Shankar Raja bercakap di sidang media mengenai konsert mega anjuran Malik Streams yang bakal berlangsung di Axiata Arena di Hotel Shagri-La, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – “Saya suka hasilkan lagu-lagu ketika sedang bersedirian, untuk pengetahuan anda juga, banyak juga lagu-lagu saya di hasilkan ketika saya berada di sini terutamanya di sekitar Bukit Bintang atas kawasan KLCC. Lokasi ini beri saya inspirasi.”

Itulah pengakuan komposer dan penggubah muzik terkenal, Yuvan Shankar Raja atau nama barunya setelah memeluk Islam, Abdul Haliq baru-baru ini.

Yuvan berkunjung ke Malaysia pada Jumaat lepas bagi mempromosi Yuvan 25 – Live In Concert Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai depan anjuran Malik Streams Sdn Bhd.

Kata Yuvan pada satu sidang media khas, beliau amat dekat sekali dengan Malaysia atas pelbagai faktor termasuklah hubungan kekeluargaan terbina dengan rakyat di sini, destinasi pelancongan menarik, makanan dan banyak lagi.

“Banyak dapat inspirasi bila berada di sini. Malah konsert Yuvan 25 ini amat penting buat saya kerana tahun ini merupakan ke-25 saya berkecimpung dalam dunia muzik ini. Ketika kami sekeluarga sedang bercakap apakah cara terbaik untuk menyambut ulangtahun ini, kita membuat keputusan untuk menganjurkan konsert jelajah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Malaysia adalah lokasi pertama sebelum siri jelalah Yuvan 25 ini ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), UK, Dubai, Jerman dan beberapa negara lain.

“Saya pada awalnya tidak ada perancangan untuk adalan konsert di sini tetapi apabila saya bertembung dengan Datuk Abdul Malik (CEO Malik Streams) dalam satu penerbangan ke Dubai, beliau ada bertanya jika saya berminat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur, terus saya cakap’ya’.

“Datuk Malik bukanlah orang asing buat saya, beliau dan pasukannya begitu hebat sekali kerana dalam masa begitu singkat mereka sudah memulakan kerja-kerja penganjuran konsert ini dan ianya menarik perhatian saya. Begitu cepat dan efisyen malah kehadiran saya ke sini telah mendapat sambutan luar biasa,” katanya.

Untuk makluman, sebenarnya konsert Yuvan 25 hanya dirancang untuk satu hari iaitu 16 Julai di Arena Axiata Bukit Jalil namun penjualan tiket atas talian itu terjual umpama goreng pisang apabila kesemua 9,200 tiket berjaya di jual dalam kurang dari dua jam.

Penyanyi dan komposer, Yuvan Shankar Raja (kanan) bersama Ketua Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthiger (kiri) hadir di sidang media mengenai konsert mega anjuran Malik Streams yang bakal berlangsung di Axiata Arena di Hotel Shagri-La, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 JUN 2022.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif Malik Streams, Datuk Abdul Malik Dasthigeer mengakui terkejut dengan sambutan luar jangka yang diberikan peminat terhadap konsert berkenaan.

“Saya memang jangka tiket akan habis terjual dalam masa yang singkat. Tetapi saya tidak menjangkakan ia akan habis dalam masa dua jam. Saya terperanjat apabila diberitahu tentang hal ini. Jualan ini adalah yang paling cepat berbanding mana-mana konsert artis India yang pernah kami bawakan sebelum ini.

“Kerana itu juga atas permintaan tidak henti-henti, kita telah meminta jasa baik Yuvan untuk sambung konsert beliau pada hari berikutnya iaitu 17 Julai, saya terkejut lagi apabila Yuvan yang memiliki ratusan juta atau bilion peminat itu bersetuju. Malah kita akan tambah satu lagi konsert bagi warga Johor tapi dalam perancangan,” ujarnya.

Malam kedua konsert tersebut dinamakan Yuvan 25 – Rowdy Baby dengan tiketnya mula di jual di laman web www.myticket.asia pada hari ini.

Tiket dijual pada harga RM2500 (MIP), RM1200 (VIP), RM495 (Diamond), RM395 (Platinum), RM255 (Gold), RM155 (Silver) dan RM105 (Bronze).

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman Facebook dan Instagram malikstreams atau hubungi 0386050196. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Peminat Yuvan teruja, ribuan tiket konsert di Malaysia habis kurang dua jam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast